Terus-terang saya bukan jenis yang rajin sangat nak bersihkan botol susu anak selepas digunakan lebih lagi kalau ada lebihan susu. Dua2 anak saya jenis minum susu suka tinggal baki tak kira la si kakak yang minum susu formula ke atau si adik yang EBM ni. Jadi saya memang suka peram botol susu tu berjam2 sebelum dibasuh atau hanya basuh bila nak guna semula.
Bukan apa menjaga kedua2nya membuatkan saya tidak menang tangan bergantung kepada hari2 mereka. Tapi malas tu pun memang ada lah juga hari2nya. Jadi puting susu berkerak dan perlu ditukar setiap dua minggu.
Tapi makin lama terase ler sangat berguguran $$$$$$$ ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
So mula la google untuk cari petua efektif dan protective...hahaha\
So kesimpulannyanya ialah
1 Gosok puting dengan garam halus, rendam dengan air panas/suam pastu berus
2 Masukkan beras + air suam dalam botol susu pastu goncang
3 Sediakan banyak botol untuk seorang
4 Gunakan Magic Span dari DAISO or DIY shop
5 Gunakan pencuci khas untuk puting, botol susu
6 Terbalikan puting pastu kikis
7 Terbalikkan puting, lumur dengan kapur makan dan biar selama yang boleh anggaran 2 jam ke atas
So lepas ni kita cuba eh, kalau berjaya bolehlah simpan duit beli puting tu untuk TABUNG SSPN anak2 ni. Bukan promote, saje peringatan dan kesedaran sebagai seorang ibu yang prihatin. Lagipun masa entah senang ke tidak nak support anak2 belajar. Mudahan2an ada rezeki, AMIN.
hasilnya, credit to this page
http://semuamolek.blogspot.my/2011/04/cara-bersihkan-kerak-susu-pada-puting.html
http://www.dkna.my/2015/01/cara-bersihkan-puting-botol-susu.html
http://i-cantiksihat.blogspot.my/2016/01/cara-penjagaan-dan-mencuci-botol-susu.html